ROLL JEJARI KETAM KEEMASAN...


Assalamualaikum.. ini adalah resepi asal daripada blog lain.. resepi ini menjadi antara kegemaran saya untuk disediakan waktu sarapan pagi atau minum petang... Resepi ini membuang reja-reja roti, tetapi saya menggunakan sahaja reja-reja roti ini.. saya mencanai roti hinggga betul-betul mampat... Jejari ketam ini juga boleh ditukar dengan sosej tetapi sosej perlu direbus terlebih dahulu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 batang jejari ketam
10 keping roti sandwich (sebarang jenama, mat guna Gardenia)
Serbuk roti warna kuning secukupnya
2 putih telur
1 kuning telur
Sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
1.                   Roti dicanai sedikit, kemudian potong ikut saiz panjang jejari ketam. Buat hingga siap. Simpan reja2 roti untuk kegunaan kemudian. Ambil sekeping roti yang telah dicanai, letak sebatang jejari ketam, sebelum tu sapu hujung roti dengan kuning telur yang bertindak sebagai gam. Gulung kemas2 dan ketepikan. Buat kaedah sama untuk baki roti dan jejari ketam.
2.                  Pukul sedikit putih telur tadi. Ambil satu roll jejari ketam, celop dalam putih telur dan golek2kan dalam serbuk roti hingga rata. Buat hingga siap.

3.                  Panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak tidak terlalu panas. Goreng roti tadi hingga keemasan, balik2kan supaya serat masaknya. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos kegemaran anda..



Comments