Apam Nasi

Apam Nasi
(Noy Yullan)

Image may contain: food
Resepi ini diambil daripada FB Noy Yullan...Resepi ini telah saya cuba dan menjadi.. Ramai yang menyukainya.. 
Bahan A
2 cawan nasi
2 cawan gula
3 cawan air suam
3 sudu kecil yis (sepeket yang 11gm tu)
(Nak letak 2 sudu kecil pun jadi ja)
Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Pewarna (jika suka. Tak wajib pun)
Cara-Cara
1. Jika blender besar, masukkan semua bahan A dan B, blend sampai nasi dan gula tu betul2 halus. Kemudian perap 1 jam. Jika blender kecil/sederhana, blend dahulu bahan A sehingga halus, kemudian, tuang atau campurkan dengan bahan B. Gaul rata. Perap 1 jam. Lepas 1 jam, adunan apam nasi tu akan naik berganda. Nampak berbuih. Jika adunan x naik berganda, tak ada beza sebelum dan selepas perap, maknanya yis tu dah mati. Kalau dikukus juga, apam akan bantat.
2. Panaskan air kukusan dengan api besar.
3. Sapu minyak ke dalam acuan apam. Pastikan jangan terlebih minyak pula. Nanti bahagian bawah apam nasi tu basah.
4. Kacau-kacau adunan tu dulu. Pewarna boleh masuk sebelum perap atau selepas perap, ya. Tuang adunan ke dalam acuan. Letak 3/4 acuan (hampir penuh acuan)
5. Kukus apam tadi selama 10 minit. Pastikan api besar dan air sudah betul2 mendidih baru kukus.
6. Setiap kali nak kukus, lap dahulu penutup pengukus tu supaya air kukusan tidak menitis atas apam. Boleh juga balut penutup pengukus dgn kain. Saya tak balut pun. Lap ja ðŸ˜Š. Apabila apam masak, terus keluarkan. Nak makan dengan kelapa boleh, nak makan begitu sahaja pun sedap.
Nota:
1. Jika adunan yang sudah dibancuh tak naik lepas diperap, maknanya yis mati. Jangan buang adunan. Sayang. (Kalau nak buang jugak, suka hati la. Kau punya bahan kan.) Buka yis baru. Ambil 1 sudu kecil yis, air dalam 4 sudu besar gitu (sikit ja sekadar nak bancuh), dan 1 sudu kecil gula. Kacau bagi larut. Biarkan dalam 10 minit. Jika berbuih, maknanya yis tu hidup. Masukkan bancuhan yis tadi dan 1 sudu kecil baki yis yang belum dibancuh ke dalam adunan. Kacau rata, perap lagi 30 minit hingga 1 jam. Kemudian follow step no 2 sehingga no 6.
Antara punca apam bantat:
1. Yis mati atau x aktif. Adunan tak naik lepas perap. Bila kukus confirm bantat.
2. Sebelum mengukus tu pastikan air dalam pengukus dah betul2 mendidih baru kukus. Kalau guna pengukus cap buaya bagai tu, kita boleh nampak air menggelegak dan buih gelegak tu besar2 (big bubble). Lap penutup pengukus baru la kukus apam tu. Kalau kukus masa air belum betul2 mendidih, maknanya suhu pengukus belum stabil. Bila kukus apam, mula2 apam naik, lepas keluarkan apam tu akan turun balik dan x gebu.
3. Masa sapu minyak pada acuan tu, ada minyak bertakung. Bila apam dikukus, bhgn atas ok, bahagian bawah akan basah, lembik dan x gebu.
4. Kukus terlalu lama. Air kukusan menitis atas apam menjadikan apam basah, lembik, dan turun semula.

Comments

  1. Terima kasih share ilmu. Sy baru buat..sekarang baru tau kenapa apam x merekah. Mase perap 1 jam pon x bape naik.. Next time try lagi

    ReplyDelete

Post a Comment